PENGENALAN

PKG Pasir Panjang terletak di Sek. Keb. Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Mempunyai Ahli sebanyak 13 buah sekolah. 4 Buah sekolah menengah dan 9 buah sekolah rendah.

VISI PKG

Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.

 

 

 

MISI PKG

 

Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF PKG

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan.
  • Mengumpul dan menyebar maklumat professional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
  • Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat,
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

 

MATLAMAT PKG

Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed